Blog

5 Klinik Terkenal Di Kuala Lumpur Untuk Rawatan HCG

Pada zaman moden ini, gejala peningkatan berat badan  yang berlebihan merupakan sebuah gejala kronik yang harus segera dibendung. Namun demikian, terdapat juga sesetengah orang yang mengalami masalah yang sukar kerana walaupun telah pelbagai usaha yang telah dilakukan untuk mengurangkan berat badan seperti senaman secara konsisten serta penjagaan makanan, berat badan tetap tidak berkurang.

Oleh itu, ia disarankan kepada golongan ini untuk mencuba rawatan estetik yang mampu membantu di dalam menangani masalah ini. Antara rawatan yang dapat membantu mengurangkan berat badan ialah rawatan HCG. Ia merupakan sejenis rawatan di dalam bentuk suntikan dan ianya akan disuntik ke tempat yang ingin dikurangkan lemak. Terdapat hanya beberapa klinik sahaja yang menawarkan perkhidmatan seperti ini dan berikut adalah senarainya.

image

NEXUS AESTHETIC CLINIC

80 reviews

Alamat:  LG 10, Lower Ground Floor, Wisma UOA II, Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur

No Telefon:  +6017-2163 569 / +60321635699

Mengenai Klinik Nexus

Bertempat di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, ia merupakan salah sebuah klinik yang terkenal bagi rawatan HCG. Rawatan ini mampu mengurangkan lemak pada tempat tertentu di dalam badan yang selama ini tidak pernah berkurangan dengan senaman serta diet yang biasa.

Doktor di Klinik Nexus

  1. Dr Jasmine Ruth (MBBS, Dip Aesthetic Medicine, International License in Stem Cell Therapy, Certificate in Advanced Hormone Therapy, Advanced Injector for Male Sexual Health) adalah seorang estetis yang terkenal dan merupakan pengasas Klinik Estetik Nexus. Perkhidmatan bukan sahaja terkenal dalam kalangan pelanggan-pelanggan di Malaysia, malahan juga terkenal dalam kalangan pelanggan-pelanggan antarabangsa.
  2. Dr. Preetha memperolehi ijazah pertamanya di dalam bidang Sarjana Muda Sains Genetik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia, BSc (Hons) 2002. Beliau merupakan salah seorang pakar kecantikan yang terbaik di Kuala Lumpur.

Photos

Reviews

"Lokasi klinik ini memang strategik dan itulah salah satu sebab klinik ini menjadi tumpuan ramai orang di luar sana."

Halim R.

image

MEDIVIRON UOA CLINIC

63 reviews

Alamat: LG 9, Lower Ground Floor, Wisma UOA II, Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur

No Telefon: +603-2163 5888

Mengenai Klinik Mediviron UOA

Klinik ini merupakan antara klinik yang termahsyur di Kuala Lumpur bagi rawatan HCG. Ia mempunyai senarai klien yang ramai dari seluruh negara. Kebiasaannya ia merupakan antara perkhidmatan yang terkenal di klinik ini dan mempunyai senarai temu janji yang panjang. Para doktor-doktor di klinik ini mendapatkan latihan daripada luar negara untuk memastikan perkhidmatan yang terbaik diberikan kepada pelanggan-pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan.

Doktor di Klinik Mediviron UOA

  1. Dr. Aris Mazlan merupakan lulusan daripada Akademi Perubatan Moscow (MMA), Russia di dalam bidang Perubatan (MD) dan telah melanjutkan pelajaran beliau di dalam bidang Perubatan Aesthetic. Mempunyai pelanggan-pelanggan daripada pelbagai latar belakang yang bertemu beliau untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan HCG dari seluruh pelusuk negara.
  2. Dr. Douglas memperoleh ijazah perubatannya daripada Akademi Perubatan Moscow, Rusia. Beliau telah menamatkan pelajarannya dalam bidang perubatan dengan cemerlang dan seterusnya melanjutkan pelajarannya dalam bidang Perubatan Aesthetic. Beliau mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang prosedur rawatan HCG.

Photos

Reviews

"Saya mendapat tahu tentang klinik ini dari rakan sekerja saya. Memang tidak dinafikan perkhidmatan mereka memang sangat  memuaskan."

Posha L.

image

BELLA SKIN CARE

33 reviews

Alamat: Bangsar Village II, 2, Jalan Telawi 1, Bangsar, 59100 Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.

No Telefon: 1800-22-7111

Mengenai Bella Skin Care

Bella Skin Care menyediakan perkhidmatan penyelesaian tidak sahaja terhad kepada masalah kulit malahan juga kepada masalah rambut serta badan. Pusat rawatan ini kini mempunyai pelbagai cawangan dari dalam serta luar negara. Sememangnya terbukti bahawa Bella Skin Care menjadi pilihan utama ramai pelanggan.

Doktor di Bella Skin Care

  1. Dr Ng Leong Toong merupakan seorang Pakar estetik di Bella Skin Care. Dr Ng mendapat ijazah perubatan beliau serta mempunyai pengalaman yang luas iaitu selama 19 tahun di dalam bidang perubatan serta estetik. Beliau juga merupakan salah seorang doktor yang menyediakan perkhidmatan rawatan HCG di Malaysia.

Photos

Reviews

"Rawatan HCG di klinik ini memang terbaik. Saya sangat gembira dengan rawatan yang diberikan oleh Dr Ng sebagai doktor saya."

Meghna W.

image

DA VINCI CLINIC

20 reviews

Alamat: The Boulevard Office City, 15-2, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur, Malaysia.

No Telefon: +60 3-2282 2698

Mengenai Klinik Da Vinci

Klinik Da Vinci merupakan sebuah klinik estetik yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Mereka memberikan komitmen yang terbaik dalam menyediakan rawatan kepada pelanggan-pelanggan yang sedang mencari penyelesaian untuk mendapatkan bentuk badan yang unggul serta lebih yakin. Klinik ini telah mengenalpasti bahawa terapi HCG telah memberikan keputusan yang sangat memberangsangkan di dalam membantu mengurangkan berat badan.

Doktor di Klinik Da Vinci

  1. Dr Tristan Tan memulakan kerjaya beliau sebagai seorang doktor perubatan sejak 2006. Kemudian beliau meneruskan minatnya di dalam bidang estetik dan sejak daripada itu telah menolehkan fokus kerjayanya ke arah bidang estetik. Kini, beliau mempunyai lebih daripada 10 tahun pengalaman dalam bidang estetik.

Photos

Reviews

"Klinik ini menawarkan rawatan HCG yang sangat bernas dan berkualiti. Masalah kegemukan saya telah menemui jalan penyelesaian."

Latha R.

image

KLINIK GEM

19 reviews

Alamat: 19, Jalan PJU 1/41, Dataran Prima, 47301 Petaling Jaya, Selangor

No Telefon: +603-7887 5885

Mengenai Klinik Gem

Klinik ini merupakan sebuah pusat anti penuaan ala-ala spa yang sememangnya sangat digemari ramai. Staff-staff di sini sangat berdedikasi dan sentiasa memastikan pelanggan-pelanggan mereka supaya mendapat perkhidmatan yang terbaik.

Doktor di Klinik Gem

  1. Dr Ling Ing Heong (Lenzo) (MB BCh BAO, Board Certified A.M., FKCCS, MSc GM). Beliau memperoleh ijazah dalam bidang perubatan pada tahun 2004 dari National University of Ireland dan telah menjalani latihan praktikal di sana. Sekembalinya ke Malaysia, beliau meneruskan pendidikannya di dalam bidang Pembedahan Plastik di Hospital Ipoh untuk mendapatkan pengalaman di dalam bidang estetik.

Photos

Reviews

"Ini merupakan antara klinik terbaik yang pernah saya kunjungi. Saya sangat suka akan rawatan HCG kerana saya dapat melihat perubahan baik yang berlaku pada badan saya."

Reena T.

Klinik-klinik yang disenaraikan ini merupakan antara klinik-klinik yang sememangnya terkenal dan dapat membantu di dalam menangani masalah berat badan yang anda alami. Sekiranya anda mendapati senarai ini tidak mencukupi atau kekurangan informasi, sila emelkan kepada kami di alamat contact@nexus-clinic.com