Blog

  • Home
  • Top Clinics
  • 5 Klinik Terkenal Di Kuala Lumpur Bagi Rawatan Carbon Laser Peel

5 Klinik Terkenal Di Kuala Lumpur Bagi Rawatan Carbon Laser Peel

Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal dengan iklim Khatulistiwa, pantai yang jernih serta rakyat yang berbilang kaum. Namun demikian, bukan itu sahaja perkara yang membuatkan Malaysia terkenal. Kuala Lumpur, yang merupakan ibu negara Malaysia terkenal dengan perkembangannya di dalam bidang estetik. Salah satu rawatan yang ditawarkan ialah rawatan ‘carbon laser peel’.

Sejak rawatan ini diperkenalkan ke mata dunia, permintaan untuk mendapatkan perkhidmatan ini semakin meningkat. Rawatan ‘carbon laser peel’ merupakan sejenis rawatan untuk membantu menyelesaikan masalah kulit yang dihadapi. Kini, Kuala Lumpur boleh dikatakan sudah menjadi salah sebuah pusat tumpuan untuk mendapatkan rawatan ‘carbon laser peel’ di Asia Selatan kerana terdapat banyak klinik yang menyediakan perkhidmatan ini. Di sini kami akan senaraikan 5 klinik terbaik di sekitar Kuala Lumpur yang terkenal dengan rawatan ini

image

KLINIK ESTETIK NEXUS

80 reviews

Alamat: LG 10, Lower Ground Floor, Wisma UOA II, Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur

No Telefon:  +6017-2163 569 / +60321635699

Mengenai Klinik Nexus

Bertempat di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur, klinik ini merupakan salah sebuah klinik yang terkenal bagi rawatan ‘carbon laser peel’. Rawatan ini mampu menghasilkan kulit yang licin lagi lembut serta bebas daripada sebarang masalah jerawat.

Doktor di Klinik Nexus

  1. Dr Jasmine Ruth (MBBS, Diploma dalam Perubatan Estetik, Lesen Antarabangsa dalam ‘Stem Cell Therapy’, Sijil dalam Terapi Hormon, Injector dalam Kesihatan Seksual Lelaki) merupakan seorang pakar dalam bidang estetik dan juga beliau memperkenalkan Klinik Nexus ke mata dunia. Ramai klien dari dalam dan luar negara mencari beliau bagi sebarang masalah estetik yang dihadapi.
  2. Dr Preetha mendapat ijazah pertama beliau dalam bidang Sains dan Genetik dari Universiti Malaya, BSc (Hons) 2002. Beliau merupakan antara doktor yang terbaik dalam bidang estetik yang melibatkan Botox di Kuala Lumpur.

Galeri

Testimoni

"Sangat gembira kerana doktor di sini dapat membantu menyelesaikan masalah kulit yang saya hadapi."

Lydia A.

image

KLINIK MEDIVIRON UOA

63 reviews

Alamat: LG 9, Lower Ground Floor, Wisma UOA II, Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur

No Telefon: +603-2163 5888

Mengenai Klinik Mediviron UOA

Klinik ini merupakan antara klinik yang termasyhur di Kuala Lumpur bagi rawatan ‘carbon laser peel’. Mereka mempunyai senarai klien yang ramai dari seluruh negara. Kebiasaannya rawatan ini merupakan antara perkhidmatan yang terkenal di klinik ini dan mempunyai senarai temu janji yang panjang. Para doktor dilatih di luar negara untuk memastikan perkhidmatan yang terbaik diberikan kepada para pelanggan yang berkunjung.

Doktor di Klinik Mediviron UOA

  1. Dr. Aris Mazlan merupakan lulusan daripada Akademi Perubatan Moscow (MMA), Russia di dalam bidang Perubatan (MD) dan telah melanjutkan pelajaran beliau di dalam bidang Perubatan Aesthetic. Mempunyai pelanggan-pelanggan daripada pelbagai latar belakang dari seluruh pelusuk negara.
  2. Dr. Douglas memperoleh ijazah perubatannya daripada Akademi Perubatan Moscow, Rusia. Beliau telah menamatkan pelajarannya dalam bidang perubatan dengan cemerlang dan seterusnya melanjutkan pelajarannya dalam bidang Perubatan Aesthetic.

Galeri

Testimoni

"Staf di sini banyak membantu saya di dalam menjawab persoalan yang saya hadapi mengenai rawatan ‘carbon laser peel’."

Wai L.

image

PREMIER CLINIC

33 reviews

Alamat: 31, Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No Telefon: +6012 662 5552

Mengenai Premier Clinic

Mempunyai 7 orang doktor pakar kecantikan sepenuh masa serta pelbagai jenis mesin dan produk yang bersesuaian dengan keperluan pelanggan di sekitar Bangsar, Taman Tun Dr Ismail, cawangan KL City dan Puchong. Premier Clinic menjanjikan perkhidmatan rawatan kecantikan yang profesional, keputusan yang sangat memuaskan dan harga yang kompetitif. Alami sendiri pengalaman rawatan kecantikan yang telah menambat hati beribu-ribu pelanggan yang mencuba perkhidmatan mereka. Mereka menyediakan salah satu daripada perkhidmatan ‘carbon laser peel’ yang terbaik di Kuala Lumpur.

Doktor di Premier Clinic

  1. Dr Kee Yong Seng mendapat ijazah beliau dari Universiti Sains Malaysia di dalam bidang perubatan. Beliau juga mendapat tauliah LCP (Letter of Credentialing and Privileging) sebagai seorang pengamal estetik di Malaysia. Kelayakan beliau termasuklah Diploma dalam bidang perubatan dari Akademi Astetik Amerika, Diploma dalam Penjagaan Utama Dermatologi dari Institusi Dermatologi Bangkok dan Sijil Penjagaan Utama dalam bidang Dermatologi dari Akademi Pengamal Perubatan Keluarga Malaysia.

Galeri

Testimoni

"Perkhidmatan klinik ini memang sangat efisien dan saya telah pun rekomen klinik ini kepada rakan-rakan saya kerana mereka memang terbaik."

Hafiz H.

image

PUSAT PAKAR KULIT DR KO

20 reviews

Alamat: 52A 2nd Floor, off Jalan Puchong, Jalan Op 1/5, Pusat Perdagangan One Puchong, Puchong, Selangor, Malaysia

No Telefon: 1800 22 3322

Mengenai Pusat Pakar Kulit Dr KO

Klinik ini dibuka pada tahun 1997 oleh Dr KO dan kini telah mempunyai beberapa cawangan yang telah dibuka pada serata lokasi. Klinik ini sangat terkenal dengan kepakarannya di dalam bidang dermatologi serta rawatan ‘carbon laser peel’ yang ditawarkan.

Doktor di Pusat Pakar Kulit Dr KO

  1. Dr Ko Chung Beng (Consultant Dermatologist, MBChB, MRCP, Dip S.B.Derm, AM) merupakan doktor yang memulakan klinik ini dan merupakan pemilik beberapa cawangan klinik ini di seluruh Malaysia.

Galeri

Testimoni

"Saya kembali ke klinik ini untuk rawatan ‘carbon laser peel’ sesi ketiga kerana ianya memang yang terbaik dan perubahan ketara dapat dilihat pada wajah saya."

Amanie D.

KLINIK IDO

19 reviews

Alamat: No.16-G, Jalan PJU 5/9, Dataran Sunway, Kota Damansara,  47810, Selangor

No Telefon: +6017-4861992

Doktor di Klinik Ido

  1. Dr YP Phoong memperoleh ijazah perubatan beliau daripada Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai ‘Doctor of Medicine’ (MD) dan beliau telah melanjutkan pelajaran beliau dan memperoleh diploma dalam perubatan estetik dari Amerika Syarikat. Oleh kerana pengalaman serta kemahiran yang tinggi beliau di dalam bidang estetik, beliau mempunyai ramai pelanggan untuk mendapatkan perkhidmatan beliau.

Galeri

Testimoni

"Rawatan ‘carbon laser peel’ yang mereka tawarkan mempunyai harga yang berpatutan dan saya rasa ianya memang berbaloi."

Nisham T.

Senarai di atas merupakan antara klinik-klinik yang terkenal di sekitar bandar Kuala Lumpur bagi rawatan ‘carbon laser peel’. Kesemuanya mempunyai para doktor pakar estetik yang memang terbaik di dalam bidang yang mereka ceburi. Anda pasti akan gembira dengan hasil rawatan yang bakal anda didapati. Sekiranya anda mendapati informasi di sini tidak mencukupi atau anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai rawatan-rawatan yang ditawarkan tersebut, sila hubungi kami di alamat emel contact@nexus-clinic.com