Blog

  • Home
  • Top Clinics
  • 5 Klinik Terbaik Bagi Suntikan Mencairkan Lemak Mesolipo Kuala Lumpur

5 Klinik Terbaik Bagi Suntikan Mencairkan Lemak Mesolipo Kuala Lumpur

Malaysia mempunyai banyak perkara untuk dikongsikan bersama seperti destinasi percutian, makanan yang enak serta pelbagai jenis dan juga mendapatkan rawatan estetik yang terbaik. Kuala Lumpur yang merupakan ibu negara Malaysia turut terkenal dengan kepakaran dalam bidang estetik.

Salah satu rawatan kecantikan terbaik yang terdapat di negara ini ialah rawatan ‘Mesolipo’. Sejak rawatan ini diperkenalkan, permintaannya semakin meningkat tinggi. Rawatan ‘Mesolipo’ merupakan sebuah teknik yang digunakan untuk membantu mereka yang mengalami masalah berat badan bertambah atau kegemukan. Rawatan ini akan dapat mengurangkan berat badan serta meningkatkan kembali keyakinan diri. Kuala Lumpur boleh dikatakan telah menjadi pusat tumpuan untuk mendapatkan rawatan ‘Mesolipo’ di Asia Selatan kerana kini semakin banyak klinik menyediakan perkhidmatan tersebut. Namun yang demikian, di sini kami telah senaraikan lima klinik terbaik yang dapat anda pilih

image

NEXUS AESTHETIC CLINIC

80 reviews

Alamat:  LG 10, Lower Ground Floor, Wisma UOA II, Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur

No Telefon:  +6017-2163 569 / +60321635699

Mengenai Klinik Nexus

Bertempat di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur, ia merupakan salah sebuah klinik terkenal yang menyediakan rawatan ‘Mesolipo’. Rawatan ini mampu mengurangkan berat badan serta meningkatkan keyakinan diri.

Doktor di Klinik Nexus

  1. Dr Jasmine Ruth (MBBS, Dip Aesthetic Medicine, International License in Stem Cell Therapy, Certificate in Advanced Hormone Therapy, Advanced Injector for Male Sexual Health) adalah seorang pakar kecantikan yang terkenal dan merupakan pengasas Klinik Estetik Nexus. Perkhidmatan bukan sahaja terkenal dalam kalangan pelanggan-pelanggan di Malaysia, malahan juga terkenal dalam kalangan pelanggan-pelanggan antarabangsa.
  2. Dr. Preetha memperolehi ijazah pertamanya di dalam bidang Sarjana Muda Sains Genetik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia, BSc (Hons) 2002. Beliau merupakan salah seorang pakar kecantikan yang terbaik di Kuala Lumpur.

Photos

Reviews

"Perkhidmatan yang ditawarkan di klinik ini sememangnya sangat baik dan saya sarankan agar anda di luar sana untuk ke klinik ini dan mencuba rawatan ‘Mesolipo’ yang terkenal ini."

Raj D.

image

MEDIVIRON UOA CLINIC

63 reviews

Alamat: LG 9, Lower Ground Floor, Wisma UOA II, Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur

No Telefon: +603-2163 5888

Mengenai Klinik Mediviron UOA

Klinik ini merupakan antara klinik yang termasyhur di Kuala Lumpur bagi rawatan ‘Mesolipo’. Mereka mempunyai senarai klien yang ramai dari seluruh negara. Kebiasaannya rawatan ini merupakan antara perkhidmatan yang terkenal di klinik ini dan mempunyai senarai temu janji yang panjang. Para doktor dilatih di luar negara untuk memastikan perkhidmatan yang terbaik diberikan kepada para pelanggan yang berkunjung.

Doktor di Klinik Mediviron UOA

  1. Dr. Aris Mazlan merupakan lulusan daripada Akademi Perubatan Moscow (MMA), Russia di dalam bidang Perubatan (MD) dan telah melanjutkan pelajaran beliau di dalam bidang Perubatan Aesthetic. Mempunyai pelanggan-pelanggan daripada pelbagai latar belakang dari seluruh pelusuk negara.
  2. Dr. Douglas memperoleh ijazah perubatannya daripada Akademi Perubatan Moscow, Rusia. Beliau telah menamatkan pelajarannya dalam bidang perubatan dengan cemerlang dan seterusnya melanjutkan pelajarannya dalam bidang Perubatan Aesthetic.

Photos

Reviews

"Saya mendapatkan rawatan ‘Mesolipo’ saya di sini. Saya berasa sangat gembira dan berpuas dengan hasilnya."

Troye S.

image

MY BLISS

19 reviews

Alamat: Lot 1&2, Level G2 Publika,, Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No Telefon: +603 2300 0268

Mengenai My Bliss

Klinik ini memang sangat terkenal dengan kepakaran mereka di dalam bidang estetik. Klinik ini terletak di tengah-tengah Mont Kiara dan merupakan salah satu pilihan utama bagi mendapatkan rawatan kulit, muka, badan dan rambut. Klinik ini juga sangat terkenal dengan rawatan ‘Mesolipo’ yang mereka sediakan.

Doktor di My Bliss

  1. Dr Elson Chee Chern Shiung (MBBCh BAO, Diploma dalam bidang Dermatologi, Diploma dalam Perubatan Keluarga, Credentialed LCP (Letter of Credentialing & Privileging) merupakan pengarah urusan klinik ini. Beliau mempunyai kepakaran di dalam bidang rawatan pembuangan rambut tetap secara laser

Photos

Reviews

"Saya sangat berpuas hati dengan rawatan yang diberikan oleh doktor di sini untuk rawatan ‘Mesolipo’. Mereka sangat baik dan sanggup menerangkan prosedur tersebut dengan teliti supaya saya faham."

Daphne T.

image

KLINIK BIOGENESIS

20 reviews

Alamat: Unit A-0-1 & A-1-1 Plaza Damas, Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas , 50480 Kuala Lumpur, Malaysia

No Telefon: +603-6201 7091

Mengenai Klinik Biogenesis

Menyediakan rawatan yang terbaik di sekitar bandar Kuala Lumpur seiring dengan tenaga kepakaran dalam bidang estetik. Klinik ini mempunyai teknologi terbaharu yang dapat memenuhi kehendak pelanggan. Tidak juga dilupakan juga kemahiran tinggi mereka dia dalam menjalankan rawatan ‘Mesolipo’.

Doktor di Klinik Biogenesis

  1. Dr Eugene Soh mendapat ijazah beilau dari International Medical University dan kemudian memperoleh kepujian tertinggi dalam bidang Dermatologi serta kepakaran dalam bidang anti-penuaan, estetik dan Perubatan Regeneratif daripada UCSI University.

Photos

Reviews

"Rawatan ‘Mesolipo’ di klinik ini sangat memuaskan dan saya mencadangkan supaya anda juga untuk hadir untuk sesi rawatan untuk menikmatinya."

Ranjita B.

image

NICANOR PLASTICS AND COSMETIC SURGERY

33 reviews

Alamat: Merchant Square, A-1-3A, Jalan Tropicana Selatan, PJU 3, 47410 Petaling Jaya, Selangor

No Telefon: +603-7883 0989

Mengenai Nicanor Plastics And Cosmetic Surgery

Nicanor Plastics And Cosmetic Surgery merupakan sebuah klinik yang menawarkan perkhidmatan kosmetik terutamanya yang melibatkan pembedahan plastik serta perkhidmatan estetik yang lain. Pejabat utama mereka terletak di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia dan juga menawarkan rawatan ‘Mesolipo’ yang mendapat permintaan ramai.

Doktor di Nicanor Plastics And Cosmetic Surgery

  1. Dr Heng memegang ijazah dalam bidang Sains Perubatan serta ‘Doctor of Medicine (MD)’ dari Universiti Malaya. Beliau juga mempunyai ijazah ‘Master of Medicine (MD)’ dari Universiti Antarabangsa Singapura serta mendapat ‘Fellowship of Royal College of Surgeons (FRCS) dari ‘Royal College of Surgeons’ di Edinburgh.

Photos

Reviews

"Perkhidmatan yang sangat baik dan efektif. Staf banyak membantu dalam menjawab soalan saya."

Masrifah L.

Senarai klinik-klinik di atas boleh dikatakan adalah antara klinik-klinik terbaik yang terdapat di Kuala Lumpur. Setiap daripada klinik-klinik ini menawarkan rawatan ‘Mesolipo’ yang terbaik. Seperti yang diketahui ramai, Kuala Lumpur mempunyai ramai doktot-doktor pakar estetik yang terbaik serta memberikan perkhidmatan yang efisien.

Sekiranya anda merasakan bahawa terdapat kekurangan informasi atau anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai rawatan-rawatan yang disediakan, silakan hubungi kami pada alamat emel contact@nexus-clinic.com