Blog

  • Home
  • Top Clinics
  • 5 Klinik Terbaik Bagi Rawatan Pembuangan Tatu Di Kuala Lumpur

5 Klinik Terbaik Bagi Rawatan Pembuangan Tatu Di Kuala Lumpur

Malaysia memang terkenal dalam kalangan masyarakat dari Asia Selatan mengenai rawatan pembuangan tatu yang sedia ada. Rawatan ini menggunakan laser yang akan membantu membuangkan pigmen tatu tersebut dari permukaan kulit untuk memastikan ia dapat dibuang secara tetap. Terdapat banyak klinik di sekitar Kuala Lumpur yang menawarkan rawatan ini. Namun demikian, bagaimana anda dapat tahu klinik yang terbaik untuk anda? Jangan risau kerana kami telah memudahkan kerja anda dengan menyediakan senarai berikut supaya anda dapat memilih klinik terbaik buat anda.

image

KLINIK ESTETIK NEXUS

80 reviews

Alamat: LG 10, Lower Ground Floor, Wisma UOA II, Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur

No Telefon:  +6017-2163 569 / +60321635699

Mengenai Klinik Nexus

Bertempat di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur, ia merupakan salah sebuah klinik yang terkenal bagi rawatan pembuangan tatu. Rawatan ini mampu menghilangkan tatu dan mengembalikan keadaan kulit seperti sedia kala.

Doktor di Klinik Nexus

  1. Dr Jasmine Ruth (MBBS, Diploma dalam Perubatan estetik , Lesen Antarabangsa dalam ‘Stem Cell Therapy’, Sijil dalam Terapi Hormon, Injector dalam Kesihatan Seksual Lelaki) merupakan seorang pakar dalam bidang estetik  dan juga beliau memperkenalkan Klinik Nexus ke mata dunia. Ramai klien dari dalam dan luar negara berebut-rebut mencari beliau bagi sebarang masalah estetik yang dihadapi.
  2. Dr Preetha mendapat ijazah pertama beliau dalam bidang Sains dan Genetik dari Universiti Malaya, BSc (Hons) 2002. Beliau merupakan antara doktor yang terbaik dalam bidang estetik  yang melibatkan Botox di Kuala Lumpur.

Galeri

Testimoni

"Saya datang ke klinik ini untuk membuangkan tatu saya. Hasilnya sangat efektif dan sekarang ia kelihatan seolah-olah seperti saya tidak mencucuk tatu langsung."

Ilyas D

image

KLINIK MEDIVIRON UOA

63 reviews

Alamat: LG 9, Lower Ground Floor, Wisma UOA II, Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur
No Telefon: +603-2163 5888

Mengenai Klinik Mediviron UOA

Klinik ini merupakan antara klinik yang termahsyur di Kuala Lumpur bagi rawatan pembuangan tatu. Ia mempunyai senarai klien yang ramai dari seluruh negara. Selalunya antara perkhidmatan yang terkenal di klinik ini mempunyai senarai temu janji yang panjang. Para doktor dilatih di luar negara untuk memastikan perkhidmatan yang efektif diberikan kepada semua orang.

Doktor di Klinik Mediviron UOA

  1. Dr Douglas mendapat ijazah perubatan beliau dari Pusat Perubatan Moscow, Rusia dan telah menamatkan pengajian beliau dengan kepujian tertinggi dalam bidang perubatan estetik.
  2. Dr Aris Mazlan telah menamatkan pengajian beliau dari Pusat Perubatan Moscow, Rusia sebagai seorang ‘Doctor of Medicine (MD)’ serta telah membuat pengajian lanjut dalam bidang perubatan estetik. Beliau mempunyai klien dari seluruh Malaysia.

Galeri

Testimoni

"Saya mendapatkan rawatan pembuangan tatu dan sangat berpuas hati dengan rawatan dan perkhidmatan yang diberikan."

Haris N

image

KLINIK SLIQ

33 reviews

Alamat: 7, Jalan PJU 1a/28a, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

No Telefon: +6017 277 5580

Mengenai Klinik Sliq

Terletak 10 minit dari Lapangan Terbang Subang dan ianya sangat mudah untuk sampai ke klinik ini serta kemudahan tempat letak kereta disediakan untuk menampung jumlah pelangannya yang ramai. Rawatan di sini selalunya dipastikan memenuhi kemahuan setiap pelanggan. Klinik ini terkenal dalam kalangan anak-anak muda kerana merupakan klinik yang mempunyai kemudahan membuang tatu di Kuala Lumpur.

Doktor di Klinik Sliq

  1. Dr Steve Chia (MBBS, Akademi Perubatan Estetik  di Amerika) merupakan pembuka klinik ini serta mempunyai pengalaman dalam bidang estetik .

Galeri

Testimoni

" Klinik ini merupakan antara kliik terbaik yang pernah saya kunjungi dan rawatan yang diberikan sangat efektif. "

Nancy R

image

KLINIK DR INDER

20 reviews

Alamat: P-G-022, Centrestage, Jalan 13/1, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

No Telefon: +60 3-7932 1818

Mengenai Klinik Dr Inder

Klinik Dr Inder merupakan sebuah klinik yang menawarkan pelbagai jenis rawatan estetik  bukan sahaja untuk wanita malah lelaki juga boleh mencuba. Rawatan pembuangan tatu merupakan rawatan yang digemari oleh kedua-dua jantina tersebut kerana dapat membantu membuangkan tatu secara tetap.

Doktor di Klinik Dr Inder

  1. Dr Inder Kaur merupakan doktor pakar estetik  yang memuka klinik ini. Beliau mendapat Diploma dalam bidang estetik  dari Akademi Estetik di Amerika Syarikat serta beliau juga merupakan salah sebuah ahli di ‘International Society of Hair Restoration’. Pengalaman beliau dalam bidang estetik  ini memang tiada tandingan.

Galeri

Testimoni

" Harga di klinik ini memang berpatutan terutamanya rawatan pembuangan tatu yang saya cuba hari itu"

Leena N

image

KLINIK GEM

19 reviews

Alamat: 19, Jalan PJU 1/41, Dataran Prima, 47301 Petaling Jaya, Selangor

No Telefon: +603-7887 5885

Mengenai Klinik Gem

Klinik ini merupakan sebuah pusat anti penuaan ala spa yang sememangnya sangat digemari ramai. Mereka di sini sangat berdedikasi dan sentiasa memastikan pelanggan mendapat perkhidmatan yang efisien.

Doktor di Klinik Gem

  1. Dr Ling Ing Heong (Lenzo) ( MB BCh BAO, Board Certified A.M., FKCCS, MSc GM). Beliau memperoleh ijazah dalam bidang perubatan pada 2004 dari Universiti Antarabangsa Ireland dan beliau juga menjalani latihan praktikal di sana. Apabila kembali ke Malaysia, beliau meneroka bidang Surgeri Plastik di Hospital Ipoh untuk mendapatkan pengalaman.

Galeri

Testimoni

"Rawatan pembuangan tatu saya di klinik ini berjalan lancar dan saya sangat bersyukur dapat bertemu dengan doktor di sini."

Pria K

Berikut merupakan antara klinik yang terbaik yang menawarkan rawatan pembuangan tatu di Kuala Lumpur. Anda haruslah mengunjungi klinik tersebut dan merasakan sendiri keistimewaan yang menunggu anda. Sekiranya anda mendapati senarai ini tidak cukup informasi atau anda ingin mengetahui tentang rawatan tersebut dengan lebih lanjut, jangan segan menghubungi kami di emel contact@nexus-clinic.com