Blog

5 Klinik Coolsculpting Terbaik di Kuala Lumpur

Malaysia terkenal dengan perkembangan dalam bidang estetik yang disanjung tinggi. Terdapat pelbagai jenis rawatan estetik yang ditawarkan bukan sahaja untuk kulit malah untuk badan serta rambut. Salah satu rawatan yang digemari ramai ialah ‘Coolsculpting’ yang dapat membantu anda mencapai bentuk badan idaman anda sekali gus mengurangkan berat badan. Berikut merupakan senarai beberapa klinik yang dapat memberikan anda rawatan estetik  yang terbaik.

image

KLINIK ESTETIK NEXUS

80 reviews

Alamat: LG 10, Lower Ground Floor, Wisma UOA II, Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur
No Telefon: +6017-2163 569 / +60321635699

Mengenai Klinik Nexus

Bertempat di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur, ia merupakan salah sebuah klinik yang terkenal bagi rawatan ‘Coolsculpting’. Rawatan ini mampu mengurangkan lemak pada tempat tertentu di badan yang selama ini tidak pernah berkurangan dengan senaman serta diet.

Doktor di Klinik Nexus

  1. Dr Jasmine Ruth (MBBS, Diploma dalam Perubatan Estetik, Lesen Antarabangsa dalam ‘Stem Cell Therapy’, Sijil dalam Terapi Hormon, Injector dalam Kesihatan Seksual Lelaki) merupakan seorang pakar dalam bidang estetik dan juga beliau memperkenalkan Klinik Nexus ke mata dunia. Ramai klien dari dalam dan luar negara mencari beliau bagi sebarang masalah estetik yang dihadapi.
  2. Dr Preetha mendapat ijazah pertama beliau dalam bidang Sains dan Genetik dari Universiti Malaya, BSc (Hons) 2002. Beliau merupakan antara doktor yang terbaik dalam bidang estetik yang melibatkan Botox di Kuala Lumpur.

Galeri

Testimoni

"Perkhidmatan yang ditawarkan di klinik ini sememangnya sangat baik dan saya sarankan orang lain di luar sana untuk datang ke klinik ini untuk rawatan coolsculpting"

Alma G

image

KLINIK MEDIVIRON UOA

63 reviews

Alamat: LG 9, Lower Ground Floor, Wisma UOA II, Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur
No Telefon: +603-2163 5888

Mengenai Klinik Mediviron UOA

Klinik ini merupakan antara klinik yang terkenal di Kuala Lumpur bagi rawatan ‘Coolsculpting’. Ia mempunyai senarai klien yang ramai dari seluruh negara. Selalunya antara perkhidmatan yang terkenal di klinik ini mempunyai senarai temu janji yang panjang. Para doktor dilatih di luar negara untuk memastikan perkhidmatan yang efektif diberikan kepada semua orang.

Doktor di Klinik Mediviron UOA

  1. Dr Douglas mendapat ijazah perubatan beliau dari Pusat Perubatan Moscow, Rusia dan telah menamatkan pengajian beliau dengan kepujian tertinggi dalam bidang perubatan estetik.
  2. Dr Aris Mazlan telah menamatkan pengajian beliau dari Pusat Perubatan Moscow, Rusia sebagai seorang ‘Doctor of Medicine (MD)’ serta telah membuat pengajian lanjut dalam bidang perubatan estetik. Beliau mempunyai klien dari seluruh Malaysia.

Galeri

Testimoni

"Saya mendapatkan rawatan ‘Coolsculpting’ saya di sini dan sangat gembira dan puas dengan hasilnya. "

Kiara.N

image

KLINIK DR CHONG - PUSAT KULIT DAN LASER

33 reviews

Alamat : 37, Jalan Metro Perdana Barat 1, Taman Usahawan Kepong, 52100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

No Telefon: +603-61793157

Mengenai Klinik Dr Chong – Pusat Kulit dan Laser

Mereka di klinik ini sangat berdedikasi dalam rawatan estetik yang ditawarkan serta sentiasa memastikan pelanggan mereka mendapat layanan yang memuaskan. Setiap individu mempunyai masalah yang berbeza dan setiap satu masalah akan dapat diselesaikan oleh para doktor di klinik ini dengan teliti dan kesabaran. Di sinilah anda dapat mencari penyelesaian untuk menghasilkan kulit yang cantik berseri.

Doktor di Klinik Dr Chong – Pusat Kulit dan Laser

  1. Dr Marcus Chong merupakan doktor yang membuka klinik ini dan beliau merupakan seorang pakar dalam bidang estetik. Beliau telah menerima ijazah beliau dalam bidang perubatan dari Universiti Sains Malaysia.

Galeri

Testimoni

" Rawatan ‘Coolsculpting’ yang ditawarkan di klinik ini telah membantu saya mencapai bentuk badan yang diidamkan. Terima kasih Dr Chong. "

Sarah K

image

BELLA SKIN CARE

20 reviews

Alamat: Bangsar Village II, 2, Jalan Telawi 1, Bangsar, 59100 Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.

No Telefon: 1800-22-7111

Mengenai Bella Skin Care

Bella Skin Care boleh dijadikan sebagai penyelesaian kepada bukan sahaja masalah kulit malah juga masalah rambut serta badan. Pusat rawatan ini sekarang mempunyai pelbagai cawangan dalam dan luar negara. Ianya sememangnya terbukti bahawa Bella Skin Care menjadi pilihan utama pelanggan.

Doktor di Bella Skin Care

  1. Dr Ng Leong Toong merupakan seorang Pakar estetik di Bella Skin Care. Dr Ng mendapat ijazah perubatan beliau bersertakan pengalaman selama 19 tahun dalam bidang perubatan serta estetik. Beliau juga merupakan salah satu doktor yang melakukan rawatan ‘Coolculpting’ di Malaysia.

Galeri

Testimoni

"Rawatan ‘Coolsculpting’ di klinik adalah yang terbaik. Saya sangat gembira mendapat Dr Ng sebagai doktor saya"

Esma M

image

KLINIK DR INDER

19 reviews

Alamat: P-G-022, Centrestage, Jalan 13/1, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

No Telefon: +60 3-7932 1818

Mengenai Klinik Dr Inder

Klinik Dr Inder merupakan sebuah klinik yang menawarkan pelbagai jenis rawatan estetik bukan sahaja untuk wanita malah lelaki juga boleh mencuba. Rawatan ‘Coolsculpting’ merupakan rawatan yang digemari oleh kedua-dua jantina tersebut kerana dapat membantu mencapai bentuk badan yang diidamkan.

Doktor di Klinik Dr Inder

  1. Dr Inder Kaur merupakan doktor pakar estetik yang memuka klinik ini. Beliau mendapat Diploma dalam bidang estetik dari Akademi estetik di Amerika Syarikat serta beliau juga merupakan salah sebuah ahli di ‘International Society of Hair Restoration’. Pengalaman beliau dalam bidang estetik ini memang tiada tandingan.

Galeri

Testimoni

"Harga di klinik ini memang berpatutan terutamanya rawatan ‘Coolsculpting’ yang ditawarkan. Saya memang suka Dr Inder kerana beliau mengambil masa menerangkan langkah setiap prosedur dengan teliti kepada saya. "

Gaya N.

Klinik yang disenaraikan di sini merupakan antara klinik yang terbaik untuk mendapatkan rawatan ‘Coolsculpting’. Kami berharap senarai klinik ini akan dapat membantu anda mengambil keputusan yang tepat untuk rawatan estetik anda. Sekiranya anda rasa seperti senarai ini tidak mencukupi atau kekurangan informasi, sila emel kami di alamat contact@nexus-clinic.com